Saturday, October 8, 2011

PROMOSI NAMECARD


Bagi yang berminat silalah call/sms/email ke aku.


Thursday, September 15, 2011

JOM...ANAK-ANAK, BELAJAR MELUKIS & MEWARNA

Peralatan disediakan secara percuma:
- Pensel Warna
- Buku melukis & mewarna
- & banyak lagi!

Wednesday, September 14, 2011

Blogger version Iphone!

Wow!. Bestnyer.. Kalu lepas ni blog aku tak updated jugak tak tau la.. Hahaha.. Lepas ni tak perlu nak nak mengadap pc je nak update blog.. Bagi blogger tegar tu, makin mudah la korang. Bagi yang tak beberapa nak tegar mcm aku ni, tak banyak bezanya..

Aku percaya jika mereka keluarkan versi Iphone mesti ada jugak yang versi Android

Monday, September 12, 2011

ALKISAH... PENGHUTANG & PEMIUTANG


Pinjam meminjam ni biasa dalam hidup hari-hari kita, ada yang nak pinjam duit, kereta, barang & macam-macam lagi. Dah jadi macam biasa dah... aku pon ada meminjam jugak... hehehe.. tak nak la hipokrit kan... so kalu aku ada pinjam & tak langsai tu bagitau la ye... jangan lupa tunjuk bukti-bukti & hujah-hujah sekali, jangan main cakap je. Kalu tak aku pelangkung!.

Hutang ni kena langsaikan sebelum masuk kubur. Yang aku ingat ada la hutang-hutang ngan bank sket, study dulu sket. Ngan kawan kalu ada tu bagitau la ye.. kalu mampu aku langsaikan.. kalu tak mampu, ansuran boleh?.. hehe. Seingat fikiran aku ni macam dah langsai semua... tapi mana la tau lupa. Biasala manusia...

Bagi aku la.. pinjam meminjam kalu dah terdesak tahap gaban baru la meminjam.. jangan jadikan tabiat. Nanti buruk padahnya!. Ada yang suka meminjam sana-sini sampai dia pun lupa dengan siapa dia meminjam... macam mana nak langsaikan tuh!. Kalu takut lupa tulis la kat diari ke, kat smartphone ke atau mana-mana yang kita akan boleh ingat kembali.

Selalu la kita fikir keadaan orang yang memberi pinjam tu... kalu dia tu kaya-raya tak la dia kisah sangat bila kita nak bayar... tapi tetap kena bayar!. Bagaimana pulak dengan orang yang kita pinjam lebih kurang je hidupnya mcm kita, tak berapa nak cukup. Bulan ni lebih sikit, bulan depan kurang sikit, bulan seterusnya tak cukup-cukup.

Bila kita meminta bantuan dia dengan berat hati membantu, kita pulak buat-buat tak tahu bila nak melangsaikan. Kot ye pun jika tak sempat atau tak mampu jangan kita hanya buat diam tak tahu. Sekurangya bagitau.. ye tak? Yang memberi pinjam ni pulak yang naik segan nak tanya bila nak bayar. Sebab nak menjaga hati orang yang meminjam. Yang meminjam... ada aku kisah! katanya.. hehe

Pinjam barang ni satu hal, ada yang pinjam bila dah abis pakai tak reti nak pulang.. kalu takat pen tu, tak le heran. Barang yang tak le buat orang risau... kalu pinjam kereta ke, handphone ke, motor ke, tak ke risau orang yang bagi pinjam.. silap-silap tak tidur malam wooo... Dah habis pakai pulangkan, jangan la buat harta sendiri lak. Mana tau tuan barang nak pakai ke... dia dah bantu & mudahkan kita, kenapa nak susahkan dia ketika dia memerlukan.
Sebagai contoh: Tayar spare, kita pinjam then kita simpan... apa akan jadi jika tayar kereta dia pancit di tengah jalan.. tak ke menyusahkan?. Kesian...

Aku tulis ni mengikut pandangan & pengalaman aku je... aku rasa macam-macam ada dalam hal pinjam meminjam ni.. semua kita merasainya...
Aku ni dah takde topik nak update blog aku ni... maaflah ye jika buang masa!. hehe

Thursday, June 30, 2011

CUT THE FAT!!!


Aduhai semenjak dua menjak tiga menjak ni berat badan bertambah kaw-kaw, habis seluar aku dah tak muat... perut tak payah kira la mencanak kedepan... yohoho.

Dua tiga hari lepas pergi la ukur baju nak tempah baju raya... terkejut juga la dengar ukuran pinggang.. dulu masa dulu-dulu pinggang steady je, 27-28 in. Aku ingatkan takde la besar sangat pinggang aku ni sekarang... sekali lepas ukur 35 in... yohoho... tak hinggat!.

Bagi yang berbadan kerdil mcm aku ni memang BMI tak lepas arr... ada jugak yang kata aku dah bulat pon ada... aduh!... apa nak buat, nafsu makan ni susah nak bendung wooo... ni yang sekarang ni nak tak nak aku kena jugak komitmen main badminton seminggu sekali... tapi tak mencukupi.. kalori yang masuk lagi banyak dari yang kuar... yohoho..

Apa pon nasib baik la ada teman yang sama-sama membina badan.. so nampak gaya kena sama-sama la menurunkan berat badan...

Tuesday, June 28, 2011

Uih... lamanya!!!

Yohoho... amboi rasanya dah lebih setengah tahun x update blog... bukan takat sarang labah-labah.. dinosour pon ada... yohoho... tapi ada la jugak jenguk-jenguk sekali-sekala... jenguk blog kawan-kawan...

Bukanla aku tak nak update... tapi hidup dah berbeza sedikit berbanding masa awal-awal berblog dulu... insyallah kalu ada kelapangan masa akan datang aku akan cuba le update...

Assalamualaikum..

Monday, August 16, 2010

Aduh Sakitnya!...




Dugaan pada permulaan puasa tahun ni ialah Sakit gigi. Dah seminggu aku duk tahan, seminggu itu jugalah aku sengsara... nak buat kerja pun tak boleh, nak tidur pun tak boleh. Nak Pergi cabut kang takut batal pulak puasa aku. Sayang... nak tunggu sampai habis puasa, kang kena sakit sepanjang puasa mcm mana pulak... hmmm... susah jugak.

Dalam kesakitan gigi ni plak la time keje banyak, budak-budak kat rumah ni suka buat perangai... sungguh menguji kesabaran aku. Dalam hati ni membuak-buak perasaan nak marah, tapi cuba sabarkan diri sebab berpuasa. Dugaan & cabaran... Bila waktu malam sakitnya bertambah, sampai terfikir nak amik 'plier' nak cabut sendiri je. Berdenyut-denyut sampai nak tidur pon tak boleh... abis satu kepala rasa sakit, ubat tahan sakit dah tak terkira dah aku telan... sampai 'overdose' dah rasanya.

Hari ni nampak gaya mcm nak kena juga pergi klinik cabut... dah tak sanggup dah nak lalui walau sehari lagi. Akhirnya aku mengalah...

Thursday, July 1, 2010

PERCUTIAN KE PULAU KAPAS

19-20 Jun yang lepas aku serta beberapa orang sahabat lama masa study dan kerja membuat trip percutian ke pulau kapas... Memang 'happening & seronok sungguh.


video

Wednesday, April 21, 2010

Mind Setting...


Salam bahagia buat semua... lama betul tak update blog nih... baik aku meneruskan cerita seperti tajuk di atas.

'Mind Setting'... kita selalu berkata pada orang yang 'mind setting' orang ni mcm ni, yang tu mcm tu... tetapi mcm mana pula kita punya 'mind setting'?... betul sangat ke?. Bila Seseorang berkata, kita mengatakan 'mind setting' orang tu yang kurang betul.. tetapi jika perkara sama sebaliknya berlaku adakah 'mind setting' kita betul ketika itu?...

Persoalannya setakat mana kita tahu apa yang ada dalam fikiran orang sebenarnya?. Kita Bukan diciptakan dengan kebolehan 'psikik power' atau 'mind reader' yang membolehkan kita membuat statement tentang seseorang. Kita mengatakan kita memahami seseorang, tetapi sejauh mana sebenarnya....ego orang kita boleh kenal. tetapi bagaimana dengan ego sendiri?... Semua kata orang dipandang sepi, cuma kata kita nak didengar... adakah 'mind setting' kita yang perlu dinilai juga?.... kita telah membuat keputusan, then meminta pandangan tentang sesuatu keputusan yang telah dibuat, apa yang orang lain boleh buat agaknya... mungkin yang lain akan terpaksa ikut... kerana keputusan telah dibuat. Jika kita bagi pandangan pon belum tentu diterima. Jika diberi pandangan pon, akan sentiasa ada 'point' untuk dibalasnya. Ramai orang bila berada di situasi begini akan hanya mendiamkan diri atau terpaksa mengikut. Termasuklah aku jika dalam situasi begitu...

Kebanyakkan orang lelaki, jika ada sesuatu isu akan habis di situ saje. Tetapi ada juga yang suka memanjangkan cerita. Bercerita tentang peribadi orang yang kononnya difahami dan dikenali. Mengatakan 'mind setting' orang tu begitu dan begini. Tetapi sebelah pihak lagi hanya mendiamkan diri & bersabar. Adakah perbuatan kita 'halal' perbuatan orang lain salah?. Aku selalu mengingatkan diri, yang ada orang bersabar, melayan dan diam dengan karenah kita. Dan aku sendiri banyak kali mengambil pendekatan sabar & pendam jek bila kejadian yang tak di ingini berlaku. Adakah ini 'mind setting' aku?. erm...

Aku selalu di dalam situasi di mana bila aku berkata-kata walaupon betul, akan ada 'point' yang akan dibalas. Adakah ini kerana 'mind setting' seseorang yang tidak suka kalah?. Walau apa yang kita kata, dia bagi 1000 'point' pada kita. Bagi aku, jika nak dicari point mengikut pandangan akan 10 tahun tidak ada penyelesaiannya. Bila aku berada di dalam situasi ini, aku akan mengalah sebab aku malas nak bertengkar & membalas 'point' kerana aku tahu aku tidak akan menang melawan 'ego'. Kerana beberapa perkara seperti ini lah menjadikan aku semakin pendiam dan menjadi pendengar.

Inilah susahnya bila diri kita dinilai oleh manusia yang lain. Sesetengah orang merasakan dirinya selalu betul dan tidak pernah salah. Tetapi jangan lupa mungkin ada orang nampak kesalahan, kekurangan kita tetapi hanya mendiamkan diri. Mungkin kerana sabar, hormat, malas nak kecoh, malas nak amik 'port', menjaga nama baik kita atau sebagainyalah...

Akhir kata jagalah 'mind setting' & 'ego' anda.... hahahahahaha

Friday, December 4, 2009

RM0.30 sen Pon kedekut...apadaaaaaa...


Ni kisah Tandas awam la... Kalu sape yang perut tak sedap tu jangan baca!!!!. Kalu dulu nak masuk tandas awam kena bayar dalam RM0.20 Sen je. Skang kebanyakkan tandas dah kena bayar RM0.30 sen. Tapi itu bukan apa yang aku nak cite hari ni. Apa yang aku nak cite ialah sikap kebanyakkan orang kita la... Bila masuk tandas awam kena bayar je mesti banyak mengomel... contoh ayat yang aku selalu dengar "Tandas mcm ni pon kena bayar". Itu situasi yang selalu aku dengar & lihat la... tapi yang selalu sgt aku tgk ialah "mengelat" tak nak bayar. Malah ada yang sanggup tunggu, line clear baru nak masuk. Sebolehnya tak nak bayar kat makcik@pakcik yang duk jaga kaunter tandas tu. Banyak kali aku perhatikan perkara ni.

Kalu kat Shopping mall tu ye la... Bole la "berkira". Tapi kalau tandas awam yang kat luar. Kekadang buat aku terfikir jugak la apa sangat la RM0.30 tuh kalu nak dikirakan ngan jasa orang menjaga & membersihkan tandas awam tuh... Kalu kita tak nak basuh, syukur ada insan yang sudi. Tapi yang buat aku ralat ialah bila ada yang "melepas" tapi tak reti lak nak 'jirus' atau flush... memang kesian pada makcik@pakcik yang "membersihkan" tu. Berbaloi ke ngan RM0.30 yang di bayar tu?.... Pikir la sikit patutnyer, orang lain pon nak pakai jugak. Mcm yang aku kena kat masjid negara masa aku sembahyang jumaat 2 minggu lepas, ada sederet tandas cuma yang leh pakai cuma 2-3 bijik je... yang lain tersumbat atau ada 'kapal selam' timbul... aduyaiiii (kata Nabil). Mcm mana tuh...

Ni pengalaman aku travel balik kampung.. biasanya aku ikut Gua Musang la nak balik Besut dr KL. Biasanya aku akan singgah isi minyak kat Shell Gua musang. Sebelah dia ada tandas awam. Kalu dulu tandas tu tak de orang jaga. Nak masuk pon aku pikir 10 kali... kalu tak terdesak kompem aku tak masuk. Sejak kebelakangan ni ada la orang jaga... tahap kebersihan pon dah kira ok la... Mcm biasa la, kena bayar RM0.30... bg aku ok la, baik aku janji selesa dimasa akan datang. Tapi yang duk 'ngelat' tu bukan main ramai. Pening...pening... Nasihat aku la... JANGAN BIARKAN KAPAL SELAM ANDA TIMBUL... susah tau tak?????... orang lain pon nak pakai... BIAR KURANG CERDIK, TAPI JANGAN KURANG KESEDARAN SIVIK...

Monday, November 16, 2009

BEST...BEST..BESTNYER..

Mak ai, rasa mcm dah lama aku x update blog aku nih...apa cite terbaru aku ek... banyak cerita best le... terutama kehadiran ahli baru dalam keluarga aku... Alhamdulilah sampai juga hasrat untuk memilikki sepasang cahaya mata... aku skang pon ngah 'berpantang' jugak le... hahahaha.... sepanjang aku berpantang sorang2 kat kl ni (isteri berpantang kat kampung) kebosanan yang amat... rindu sgt pada diorg. Minggu depan lepas raya Haji diorang dah balik kl.. bahagia la kembali idup aku... tak sabar menunggu...


















Bestnyer Nura'isya Humayra tido..

Baru-baru ni Bos-bos aku belikan aku, macbook pro + broadband untuk kegunaan aku... so aku akan banyak keje kat umah je la... So aku ucapkan terima kasih kat bos-bos aku... Best... best.. bestnyer... YEPIIIIII!!!

Friday, November 6, 2009

JOM...JOM...



Jom Join... klik sini... bukan kena bayar pon... -----> catcheye

Monday, October 5, 2009

KERISAUAN MELANDA...


Aku ngah kerisauan yang amat skang nih. Terutama pasal anak aku yang x sihat. Smlm Kul 6 petang hantar anak aku p 'emergency' kat hospital selayang. Masa amik temperture tu nurse tu pn terkejut, tenperture 40.7 celcius. Aku pon terkejut, tinggi giler. Masa tu anak aku pon dah mcm restless semacam jek. Nasib baik le nurse kali ni agak prihatin le ngan masalah kami. Dia terus bg PCM kat anak aku & ikhtiar untuk di checkup secepat mungkin dan dia 'divert'kan ke tempat lain. Takdelah menunggu kat 'emergency' tuh. Lepas jupe doktor dia bagi ubat demam, antibiotik & TAMIFLU (in case ada H1N1).Baguslah jugak kalu mcm tu, takkan dah kena baru nak bagi ubat. Budak-budak ni senang dijangkiti sebab antibodi diorang lemah lagi, nasihat aku kalu anak demam tu jangan duk biar jek, nampak mcm ok tapi kita bukan tahu. Lain le jika anda doktor.

Tapi bila aku ingat satu kes dulu, kul 2.30 pagi, masa anak aku demam dulu, ngan keadaan anak aku tgh kejang, badan biru, tak response dan bila jupe nurse tu dia hanya bercakap tak pandang & pegang pon anak aku. Then selamba dia cakap " Anak saya pon demam mcm ni jugak, awak tunggu luar nanti bilik sebelah panggil". Masa tu aku & wife rasa mcm darah naik sampai kat kepala dah. Aku rasa mcm nak marah-marah jek, tapi aku sabarkan diri aku sb yang penting skang ialah anak aku. Aku kuar dari bilik treatment dalam keadaan bengang giler.... Tapi nasib baik la sebelum aku keluar rumah aku sempat capai ubat yang aku dapat masa g kinik swasta sebelum tuh. Then aku terus bagi ubat-ubat yang kami amik kat klinik. Duk le menunggu kat luar sampai le kul 4 pagi, masa tu anak aku pon dah 'response' & dah ok le sikit, baru lah dipanggil. Then doktor cakap kes ni serius bdk berumur bawah 5 tahun bahaya demam tinggi takut kena sawan. Aku rasa anak aku pon dah kena dah pon. Then dia terus hantar anak aku ke wad untuk checkup. Amik darah, air kencing & checkup semua la. Barulah bole balik. Masa tuh rasanyer dah kul 5 pagi rasanyer. Aku masih teringat-ingat lagi kes tuh sampai le hari nih. Wife aku pon nurse jugak, so dia pon x setuju ngan apa yang dibuat oleh nurse kat kecemasan tuh, tak membuat prosedur yang sepatutnya. Aku ingat-ingatkan dia juga jangan bersikap macam tu dalam berkerja. Tapi kita manusia, Kita bukan sempurna. Hanya ALLAH yang maha sempurna.

Malam tadi aku tido kejap je, sebab duk menjaga anak aku yang x sihat. Mata aku dah dok pedih dah nih.... Dalam bulan ni jugak, isteri aku ngah 'tunggu masa' je untuk kelahiran anak kedua kami. So aku dalam keadaan 'on call' le skang. So tahap kerisauan aku ni di tahap yang agak tinggi skang. Then hari ni 05 oktober, rupanya roadtax aku dah mati 04 oktober. Adoi!!!... tambah lagi kerisauan aku. Tadi aku bawak keta dalam keadaan yang paling mematuhi peraturan & keselamatan agar tidak di tahan oleh mana-mana penguat kuasa. Kan kena saman. Hr ni baru pejabat bukak... so kena le setllekan hari nih... nak kena setlekan insurans then aku nak srh je ejen insurans tu hantar kat aku. Malas aku nak kuar. Ngantuk!!!.

Masuk pejabat tadi anak buat aku lak MC. Adoi!!!.. ada job nak hantar kat customer hari nih. Terpaksa le aku 'take over'. Risau...risau...risau...

Wednesday, September 30, 2009

DEJAVU?


Hari ni aku rasa mcm berada dalam dunia 'dejavu'. Korang tahu x apa tuh dejavu?... aku pon x bape tahu. Tapi yang aku tahu dejavu tu seperti kita pernah berada dalam situasi yang sama sebelum ni, lebih kurang mcm tuh le... aku rasa macam keadaan sekeliling ngan apa yang berlaku seperti aku pernah alami. Pening sat... aku kebingungan. Adeh... aku rasa mcm serba tak kena. Aku x tahu korang pernah rasa ke tak situasi mcm nih... kalu pernah korang faham le keadaan aku. Bingung..bingung...bingung...

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFIRI





Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, aku ingin le juga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada pembaca blog ni, Saudara-mara, sahabat-sahabat. Mohon maaf dipinta jika ada tersilap bahasa. Aku pon petang ni nak balik kampung, tahun lepas x dapat balik so raya tahun ni excited lebih sikit le. Hua..hua..hua. So raya tahun ni kira sakan nyer la (nak cover tahun lepas punyer). Nanti dah balik cuti pokai le.. huhu... Aku mohon doakan le perjalanan aku ngan selamat. AMIN. Kalu ada wat open house tu jemput le aku ye. Insayallah aku sampai-sampaikan diri aku. Buat sahabat tu jemput-jemput le ke rumah. Kuih buat sendiri tu takde la ye. Suma kuih tunjuk (beli) jek. Yang penting niat ziarah tu... Bak kata orang "yang jauh kita dekat-dekatkan... yang dekat kita apa ek?... lupa le. So Semoga Aidilfitri anda tahun ni pon meriah la ye. Jangan lupa pakai 'mask' kalu anda tu demam atau nak melawat sedara yang x sihat. Beraya-beraya juga keselamatan & kesihatan diri kena jaga.

Wednesday, September 9, 2009

lawak & bengkek


Hari ni aku banyak keje urgent nak kena buat so aku mesej member aku suh bukak opis awal sb dia je ada kunci. Dalam kul 7 lebih aku gerak dari umah. Dalam on the way p opis.. perut lak sakit... Dalam hati aku time nak cepat, time ni le perut buat hal... so aku pon mencari la pam minyak. Sampai kat kat minyak ingat nak 'melabur' le, sekali ramai plak orang kat toilet. Ramai plak 'mangsa' mcm aku pepagi mcm ni... 2 bilik air semua penuh... duk le aku nunggu kat luar menahan perut. Then tetiba datang apek, dengan selamba jek dia kerkata: " Manyak laku toilet, pagi-pagi sulah penuh. Bulan posa ni ramai orang datang toilet... lu orang dalam bilik air tak posa ke"... tulah ayat apek tuh... aku terpinga-pinga memikirkan maksud kata-kata apek tuh.

Then aku bau rokok... baru aku paham ni mesti ada orang merokok kat dalam toilet dan sah le kalu org islam, x posa le tu. Then kuar la sorang mamat melayu nih... dia lalu sebelah aku, then sah bau rokok... aku pon masuk le bilik air... memang bau rokok. Dalam Hati aku ceh! tak posa. Semenjak aku dah stop smoking, ni hidung aku kuat menghidu rokok. Walau kekadang time lepak ngan member aku pau gak sebatang... hehe. Tapi aku sekadar suka-suka, dah 2 tahun aku benti. Memang tak de kesan pada aku untuk merokok kembali. Insyallah. Yang x best nyer bila aku kuar dari bilik ... bau rokok satu badan... sampai le skang ada bau lagi sket-sket. Hampeh!.
Aku pon x faham le nape le diorang ni sanggup tak posa...

Yang bengkeknyer, bila sampai opis, opis x bukak lagi... adoi... aku dah le ada keje urgent. 15 minit jugak le aku nunggu. Bengkek le jugak... tapi aku agak bukan salah member aku tu yang lewat. Ni mesti kes housemate yang lewat...

Tuesday, August 18, 2009

SEMOGA BERKEKALAN...


Hari ni 18.8.2009 - Genap 3 tahun usia perkahwinan aku dengan isteri aku yang tercinta, ye mungkin usia perkahwinan kami 'setahun jagung' kata orang tua-tua. Tapi aku bahagia dengan kehadiran seorang insan yang bergelar isteri, seorang bdk kecik yang membahasakan diri dia 'acap' (singkatan untuk asyraff) dan sedang menghitung hari kelahiran putera@puteri kami yang kedua (sebab x scan jantina lagi).

Dulu masa awal aku nak kahwin dulu, aku selalu berfikir bole ke aku nak jaga anak orang ni... ilmu bab rumahtangga pon x de. Berkahwin bukan semudah ABC, banyak tanggungjawab yang kena pikul sebagai lelaki atau ketua keluarga. Alhamdulilah aku mengumpul pengalaman perlahan-lahan, perkara pertama yang aku buat ialah keluar dari keluarga agar kami dapat mencorakkan hidup kami sendiri.. biar kami menguji diri dan janji susah senang bersama... Di awal perkahwinan memang banyak dugaan di atas kekurangan pengalaman. Banyak benda yang kena belajar ia seperti contoh bekerja dalam satu syarikat, ada akaun, pentadbiran, ada ketua, ada penolong ketua, ada anak buah, dan macam-macam lagi. Kalu dalam syarikat tu ada la orang yang pakar menguruskan. Tapi dalam keluarga pon ada mcm syarikat jugak. Nama Syarikat itu ialah syarikat SUAMI & ISTERI SDN. BHD.

So suami akan menjadi ketua, isteri secretary, suami head Account, isteri asst. account... mcm tu le seterusnya... Mendapat seorang anak sama le mcm mendapat seorang staff, kalu sepuluh orang anak sepuluh orang le yang nak kena di uruskan... ermmm.... Hehe macam mencabar kan?... x pe aku suka pada cabaran... hidup tanpa cabaran bg aku 'Tak Thrill le'. hehe...

Oleh kerana pengalaman aku pon sikit so aku pon nak tulis sikit je la... hehe... aku hormat pada yang 'senior' (yang dah kahwin lama). Apa yang aku bole wat conclusion ialah jika kita mencorakkan perkahwinan kita ke arah yang indah, insyallah dengan kehendak Allah indah le jadinyer... Perkahwinan bagi aku "BEST & MENCABAR".

So buat isteri aku yang tercinta... aku ucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA. SEMOGA KITA BERKEKALAN.. AMIN

Wednesday, August 12, 2009

Kenapa perlu begitu?

Ni kisah aku nak kongsi le, aku ada seorang kenalan... kami duduk berdekatan, so kalu ada masa tu duduk le besembang, kalu x de masa atau dr jauh tu angkat-angkat le tangan... baru-baru ni dia join satu MLM ni... so nampak succes le, dia pon ajak aku join. Aku ni susah nak bagi komitmen ngan keje aku mcm ni, so terpaksa la aku menolak... Dia mcm 'bengkek' jugak le ngan aku. Dia kata aku x support dia. Masalahnyer nak join MLM ni kena buat loan... nak kena pergi kelas. Tu yang aku x de masa & komitmen tuh...

Baru-baru ni dia amik keta baru "Toyota Alphard"... So dia nampak berjaya le... sejak dr tuh kalu nampak aku pon dah x angkat tangan. Apatah lagi nak bersembang, so aku buat 'donno' je la, mgkn dia sibuk ke apa ke.... then kebetulan petang smlm lepas amik anak kat nursery, sebelum masuk umah lalu la mamak jual roti. Anak aku pon nak le beli jajan so aku pon layan, dalam duk beli tuh tetiba nampak le kenalan aku tu datang ngan tangan anak dia menarik dia (dia x nak datang tapi anak paksa le kot). Aku pon bagi le salam & hulur tangan salam, lepas dia salam ngan aku jek dia terus tarik anak dia... then blah...

Dalam hati jahat aku berkata le jugak... dah kaya kerek plak... (haha.. jahat tul aku). ntah dia nak sakit perut ke.. apa daaa aku... hehe

Then aku berfikir le... kot ye pon dah mewah jangan la eksen... kang Allah 'tarik balik'. Rezeki tu dr Allah...

Yang terbaru aku pergi ke Johor melawat sabahat lama... kisah yang sama terjadi kat sahabat aku kat sana... Diorang ni kawan baik, beli umah pon sebelah-sebelah. Yang sorang join MLM, ajak sorang lagi. Tapi x nak... So sabahat aku pon cite la.. "sejak dia mewah ni aku pon dia x pandang. Macam x kenal la".

So kenapa mesti begitu?... adakah orang melayu kita je begitu?. Bila mewah atau berpangkat... kawan yang dulu baik menjadi lawan... entah la labu...

Tuesday, July 28, 2009

AKhirnya Tiba Juga...

Yahoooooo!.... dapat jugak aku balik kampung petang nih.. insyallah kursus aku yang kensel hari tuh akan diadakan besok... so dapat la aku balik kampung.. excited?... aku x le se- excited mcm 2 minggu lepas,... huhu... aku dah le keje pagi ni.. ptg ni nak drive ke kelantan... wah! mencabar tuh... drive sorang2 plak... so jap g after lunch aku nak balik tido jap... so bole le rest (hope-nyer ler). Aku ni kalu nak tido siang memang susah sket... ada pape petua ke nak senang tido siang?... share le ngan aku... hehe...

Ok la, aku nak setlekan kejekeje sket, x elok tinggal keje yang terbengkalai... hope anak buah aku leh continue job, jika ada... :-)

Friday, July 17, 2009

HANGIN.. HANGIN...*&^%$#@

Apa yang aku hangin kan nie?.... aku hangin ler.. patut nyer skang aku dah kat K.Bharu g kursus... tapi kursus kena KENSEL.... atas faktor2 keselamatan... kursus tu patutnyer bermula hari 15.7.2009 - 19.7.2009... (14hb pilihanraya kat Manek Urai). Kursus tersebut terpaksa la dibatalkan kerana ada kura-kura.. ops, ura-ura mengatakan ada demontrasi... so terpaksa la ditangguhkan kepada 29.7 - 2.8.2009...

So kenapa aku hangin?.... kampung aku kat besut, ngan KB tu dalam 45 minit jek... kat kampung lak doyan ngah luruh... ayah aku dah call tanya bila nak balik... isteri aku pon dah mintak cuti seminggu, leh hantar dia balik kampung... dia dah la nak mintak cuti susah (keje Shift Spital). so dia lagi excited dr aku... x best le tengok dia kecewa... walaupon aku kecewa gak...

Tapi... aku pikir balik... nak g kursus atau nak balik kampung (hehe... sambil menyelam minum air). betul x?... tapi takut gak kang apa yang dikursus kan kat aku x dpt 'GRAB'... mgkn jugak ada hikmah di sebaliknya...

Tapi aku tetap nak HANGIN gak... lantak aku...